Difahamkan enjin Y15ZR menggunakan enjin 150cc Yamaha namun menerima talaan. Menyentuh soal kelajuan maksimum, berdasarkan bacaan menerusi online, seorang wartawan Indonesia mampu mencapai 136 kilometer sejam ketika menunggang uji model tersebut. Ia bergantung kepada individu.
Melihat kepada rekaan Y15ZR setiap peminat memiliki pendapat sendiri. Menurut saya, tampilan badannya adalah sporty dengan lekuk seksi persis motorsport tulen.
Masih lagi kelihatan seperti sebuah moped namun mampu tampil menawan dan gagah. Bahagian fascia mencirikan sentuhan Yamaha, bahkan tak perlu lama untuk melihatnya kerana sudah dapat mengecam DNA Yamaha sebagaimana GT 125, Yamaha R1 baharu dan R25. Apalagi, lampu belakang dan bahagian brek kelihatan mirip Yamaha R25.

Bahagian sisi depan pula memberi satu kesan motor back bone dengan aplikasi fairing mungil yang membuat tubuhnya terlihat atlet. Walaupun ada antara peminat yang mengkritik ia kelihatan seperti sebuah skuter. Akan tetapi bahagian belakangnya mengingatkan anda kepada versi abangnya Yamaha R15, R25 dan R6.
Malah, bahagian ekzos Y15ZR juga didatangkan dengan tiga peringkat peredam yang bakal menghasilkan bunyi sporty. Malah rekaan ekzos dan rimnya sekilas mirip R15. Walaupun rekaan lampu depannya mungkin sedikit kontroversi tetapi ia dapat dimaafkan dengan bentuk keseluruhan.
Pada bahagian kaki Y15ZR juga tidak mahu kalah yang mana ia menggunakan rim berukuran 1.85 inci dengan tayar 70/90-17 dan belakang pula 3.50 inci dengan tayar berukuran 120/70-17. Sungguh bukan sebuah motosikal untuk ke pasar.
0 comments:
Post a Comment